Wednesday 12 March 2014

Lafaz janji.


12 Mac 2014.

Dulu,
kau ucap kata sayang,
hanya aku seorang.

Berjanji sumpah setia,
namun kau mungkiri ia.

Tiada guna.

Berharap lagi,
disaat kau kata sayang pada ia.

Ingatlah --
terkadang lafaz yang dijanji,
tidak akan termeterai tanpa izin Ilahi.

Meskipun,
berjuta kali kau lafaz kata setia,
tak menjamin kau akan setia.
Selamanya.

Ingatlah --
Hati manusia itu "dipegang" oleh 
Sang Maha Pencipta.

Meskipun,
dikau cuba sedaya upaya
untuk terus ada buat ia.
Tak menjamin,
hari esok dikau masih ada.

Kerana --
pada akhirnya ;
yang setia itu cuma Dia.
Allah Azza Wa Jala.

Ya.

Cuma,
aku jua manusia biasa.
HambaNya yang kerdil lagi hina.

Terkadang --
tanpa sedar aku melafaz kata janji.
Yang pada akhirnya,
aku mungkiri.

Aasif jiddan.

Maafkan,
andai terkasar bahasa.
Yakni,
tanpa aku sedari,
membuatkan dikau berkecil hati.

Cuma,
satu yang dipinta ;

Berjanjilah --
bahawa dikau tidak akan melupakan
segala kenangan.
Yang mana,
kita ukir bersama.
Meskipun,
terkadang pahit bak hempedu.
Telan.
Meskipun,
terkadang manis bak madu.
Telan.

Walakin begitu,
terima kasih.
Atas hadir dirimu,
dalam mewarnai kehidupan ini.

Suatu ketika dulu.

Senyumlah wahai hati,
kerana semua ini terjadi atas izin Ilahi.

Awak,
terima kasih.
Atas segala suka dan duka.
Berkongsi kasih.
Berkongsi cerita.
Berkongsi kredit.
Berkongsi pendapat.
Berkongsi perasaan.

Erk.

Terima kasih atas segalanya,
halalkan semuanya.
Ya?

Mungkin,
pada bibir mengatakan --
aku merelakan pemergian.

Namun,
terkadang hati bercanggah.
Menegah.

Kembali pada hakikat.
andai benar dikau milikku,
janji Allah SWT itu pasti.
Tidak perlu ku khuatiri.

Andai,
bukan jodoh.
Maka,
berkawan itu adalah yang terbaik.
Redhalah wahai hati.

Dunia luar,
belum kau tempuh.
Pelbagai ragam manusia,
belum kau temui.

Biarkan "rasa" itu ;
menjadi rahsia antara aku & Dia.
Setia merindui,
bertemu dalam doa pada Ilahi.

Moga,
sentiasa dibawah perlindunganNya.

"I only stop loving you, when the time Allah take that love away from me."
- anon.

Salam kasih sayang,
RZ.

No comments:

Post a Comment